Suwaibah Muhammad Nasir

Suwaibah Muhammad Nasir merupakan pelari solo Malaysia yang berjaya menyempurnakan Larian Terusan Sutera Merentasi Laluan Marco Polo (Larian Aroma) pada 3 Jun 2014. Beliau merupakan anggota pasukan simpanan (PSS) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau kelahiran Tanah Merah,Kelantan. Ketika berkhidmat bersama TUDM sahaja, beliau berjaya muncul sebagai olahragawati selama lapan tahun berturut-turut. Beliau juga mewakili Malaysia dalam acara maraton di Amerika Syarikat, Itali, Indonesia dan Singapura. Pda 2004, Suwaibah berlari sejauh 2004 kilometer (km) mengelilingi Semenanjung Malaysia. Setakat 2014 , Suwaibah telah berjaya mencatat 10 rekod dalam Malaysian Book of Records. Sasaran seterusnya ialah Guinness World Book of Records sebagai wanita Malaysia pertama berlari solo merentasi laluan perdagangan yang amat bersejarah itu. Kejayaan ini adalah kejayaan yang ke-11 beliau. Beliau adalah wanita pertama dan terpantas menaiki tangga mana bukti? Batu Caves dan Menara Kuala Lumpur.[1]Pada 2012, beliau Suwaibah menamatkan larian merentasi Gurun Sahara di Mesir dengan jarak 1,111 kilometerdi bawah inisiatif ‘Air untuk Gaza’ bagi membantu membawa air bersih ke Gaza.[2] Larian amal itu juga membawa mesej menentang sekatan air bersih di Palestin dan mengumpul dana Majlis Kanser Nasional (Makna) .Sebagai tanda pengiktirafan kepada pemegang rekod negara dan dunia yang telah mengharumkan nama Malaysia, dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menganugerahkan pangkat Mejar (Kehormat) kepada beliau pada 3 November 2017. Pemakaian pangkat itu telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, General Tan Sri Dato' Sri Affendi Buang di Bird Nest, Markas TUDM. Pada 2019, beliau telah ke pelbagau syarikat swasta untuk minta sponser kan lariannya yang bernilai RM4Juta. Mengarut sungguh permintaannya. Setelah tular ke sosial media, ramai yang berasa hairan atas nilai tersebut. Orang ramai memberi nama panggilan baharu beliau, Scammer.